Medical Card

Memperkenalkan, 

A-Life Med Regular-i

Medikal kad standalone yang jauh lebih murah dan sangat menjimatkan..!


Takaful itu sendiri berkonsepkan kekeluargaan, maka disebabkan itulah AIA Public Takaful mewujudkan sebuah produk yang hanya perlukan 1 polisi, 1 caruman tetapi boleh digunakan oleh seisi keluarga, yang mana setiap ahli keluarga akan memiliki medikal kad sendiri, dan yang paling penting, had tahunan adalah berasingan bagi setiap ahli keluarga..!

Apa itu had tahunan berasingan / tidak berkongsi had tahunan?
Maksudnya, jika anda mencarum takaful untuk had tahunan rawatan perubatan sebanyak RM100,000/tahun, setiap ahli keluarga juga akan memiliki RM100,000 had tahunan rawatan perubatan...!

Ya, satu caruman sahaja untuk seluruh keluarga anda..!

Anda boleh pilih untuk mencarum takaful berdasarkan kategori di bawah:
1) Individu (serendah RM69/bulan)
2) Individu + Pasangan (serendah RM135/bulan)
3) Individu (Bapa) + 4 orang anak (serendah RM269/bulan)
4) Individu (Ibu) + 4 orang anak (serendah RM269/bulan)
5) Seluruh keluarga; Bapa + Ibu + 4 orang anak (serendah RM340/bulan)
*harga tertakluk pada jantina, umur, pekerjaan, status merokok.
Sangat fleksibel, bukan?

Itu had tahunan, macam mana dengan had seumur hidup?
Berbeza dengan had tahunan, had seumur hidup (lifetime limit) adalah 'jangka hayat' kad perubatan anda. 
Sebagai contoh, jika had seumur hidup adalah RM 1,000,000:
1) Tahun ke-3 caruman: Anda memerlukan rawatan perubatan bernilai RM 40,000
2) Tahun ke-4 caruman: Rawatan perubatan RM 60,000
3) Tahun ke-5 caruman: Rawatan perubatan RM 80,000
Jadi, setakat hujung tahun ke-5 caruman, 'jangka hayat' kad perubatan adalah RM 180,000.
Ya, baki 'jangka hayat' medikal kad anda adalah RM 820,000; masih banyak, tapi lama kelamaan amaun itu akan turun kerana rawatan susulan, bulanan, ada rawatan yang memerlukan dua minggu sekali, sehinggalah mencapai had seumur hidup, dan yang sedihnya, medikal kad tidak lagi boleh digunakan selepas itu. Semestinya anda akan risau memikirkan kos rawatan perubatan yang sentiasa naik tahun demi tahun, dan jumlah kos rawatan anda semakin menghampiri had seumur hidup. Kerana itulah pihak AIA Public Takaful mewujudkan medikal kad yang mempunyai manfaat yang sangat bagus, iaitu TIADA HAD SEUMUR HIDUP..! 

Yes, NO LIFETIME LIMIT...!

Maknanya, anda hanya akan merujuk had tahunan sahaja. Sebagai contoh had tahunan adalah RM 100,000, setiap tahun amaun itu akan refresh semula..! Hatta kos rawatan anda RM 99,999 sekalipun untuk tahun itu, tahun depan ia akan refresh semula kepada RM 100,000!

Setiap tahun, sampai bila-bila, selagi anda mencarum...! 
Tak perlu lagi risau tentang had seumur hidup :)
p/s: Jangan bazirkan emosi anda untuk risaukan pada sesuatu yang tidak perlu.

Kad perubatan ini juga mempunyai satu lagi manfaat yang sangat bagus iaitu  

TIADA KO-TAKAFUL..! 

Pada yang kurang faham, ko-takaful ialah bayaran pendahuluan yang perlu dibayar oleh pencarum sebelum mereka boleh dimasukkan ke wad. Ada sesetengah syarikat lain yang memerlukan pencarum membayar RM300, ada yang tetapkan 10% dari jumlah bil perubatan dan lain-lain. 

Persoalannya, siapa tahu bila kita akan sakit dan perlu dimasukkan ke wad? 

Di saat kita sakit, adakah kita pasti kita ada simpanan sebanyak itu? RM300 mungkin nilai yang kecil bagi sesetengah orang, tapi amaun itu mungkin juga perbelanjaan bulanan untuk sesetengah yang lain. Itu baru bercakap tentang RM300. Kalau RM1,000 diperlukan untuk kemasukan wad? Oleh sebab itu lah AIA Public Takaful sangat memahami dengan memastikan bahawa satu sen pun tidak perlu didahulukan untuk tujuan kemasukan wad dan seterusnya kos rawatan perubatan. Kita belum bercerita soal harga parking dan lain-lain.

p/s: Lagi sekali, jangan bazirkan emosi anda untuk risaukan pada sesuatu yang tidak perlu.

Lain-lain manfaat yang ada adalah:

> "Hassle-Free" - medikal kad yang berkonsepkan Swipe Card untuk kemasukan hospital panel - Cashless Admission
> Kaunter khas untuk kemasukan hospital
> Perlindungan sehingga umur 100 tahun
> Perlindungan Kanser Pesakit Luar dan Dialisis Buah Pinggang sehingga RM375,000 dan tidak tertakhluk kepada Had Tahunan.
> Pelan Individu/Pasangan/Anak-anak atau pun Pelan 1 Keluarga.
> Manfaat Pemindahan Kecemasan USD 1 Juta bagi setiap kejadian.
> Elaun Hospital Kerajaan RM100 sehari.
> Elaun Jaga Anak sehingga RM130 sehari.
> Faedah Pemindahan Organ
> Faedah Follow Up Treatment sehingga 120 Hari
> Faedah ICU sehingga 120 Hari setahun
> Had Umur Kemasukan 14 hari - 70 Tahun.

Yang paling menarik, anda boleh pilih untuk menaiktaraf @ upgrade had tahunan anda sehingga 

RM 1,500,000...!!!

Ya, RM 1.5 juta...!
Ini bukan had seumur hidup ya, ini had tahunan.
Dengan had tahunan setinggi ini, insyaAllah anda tak perlu risau lagi soal had tahunan rawatan perubatan.

"Daripada mencarum RM340 sebulan, lebih baik menyimpan, setahun boleh dapat RM4,080"
Betul dan tahniah, anda akan dapat menyimpan sebanyak itu, tetapi (na'uzubillah) andai kata salah seorang ahli keluarga anda ditimpa kemalangan atau sakit dan memerlukan rawatan di hospital, anda rasa cukup? Mungkin. Kalau tak cukup? Kalau 2 ahli keluarga yang memerlukan rawatan? Kalau 3 orang? Ya, sudah tentu kita akan jaga kesihatan diri dan keluarga sehabis baik, memandu sehemah mungkin. But the truth is, no one can predict the future. Jangkitan kuman boleh berlaku di mana-mana, hatta melalui udara sekalipun. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sekalipun, walaupun kita dah sangat berjaga-jaga. Anda sedang memandu macam biasa, tiba-tiba kereta dari arah bertentangan hilang kawalan dan rempuh kereta anda.

Takaful berbeza dengan insurans konvensional kerana ia berkonsepkan derma dan sumbangan. Sebahagian amaun caruman anda akan dimasukkan ke dalam akaun Tabbarru', yang mana akan digunakan untuk membantu pencarum lain yang ditimpa musibah dan memerlukan rawatan perubatan. Jadi, walaupun anda sentiasa mencarum dan sihat sepanjang tahun, ketahuilah bahawa caruman anda digunakan untuk pencarum lain yang memerlukan. Derma dan sumbangan inilah yang akan memperbanyakkan nilai akaun akhirat kelak, insyAllah.

Anda mencarum untuk perlindungan kewangan supaya dapat membiayai kos rawatan perubatan untuk diri dan keluarga tanpa menjejaskan status kewangan anda, pada masa yang sama anda juga menderma untuk membantu pencarum lain yang ditimpa musibah. Sungguh indah memiliki takaful, bukan?

Dan YA, sebagai ayah, saya telah mencarum takaful untuk saya dan keluarga. Menjadi tanggungjawab seorang ayah untuk menjaga kesejahteraan keluarga, dan menjadi tanggungjawab saya sebagai Takaful Life Planner untuk memberi kesedaran tentang kepentingan memiliki takaful, seterusnya menjaga kebajikan klien-klien saya dan keluarga mereka berkenaan kemasukan hospital dan perkara-perkara lain yang berkaitan, selain merapatkan ukhwah sesama kita :)


 Medikal kad di atas adalah untuk saya, isteri dan anak sulung saya.

Setiap saat anda adalah sangat berharga untuk anda dan keluarga. TAHNIAH DAN SYABAS kepada yang telah mencarum takaful dan memiliki medikal kad AIA Public Takaful untuk seisi keluarga. Pada yang masih belum memiliki medikal kad, boleh isikan borang di page Quotation, atau terus hubungi saya di 012.345.7754 untuk keterangan lanjut.


"Saya nak bagi polisi ni pada uncle & auntie, sila hubungi ayah saya untuk dapatkannya."

"Your action today determines you and your legacy's future"


"It is an honor to be your Takaful Life Planner"

No comments:

Post a Comment

Silakan komen =)