Life Protection + Investment

Memperkenalkan,

A-Life Signature-i

Sebuah pelan yang sangat berbaloi untuk dimiliki


 AIA Public Takaful sangat memahami apabila ia melibatkan pelaburan dan simpanan, pada masa yang sama melindungi nyawa anda. Mungkin ramai di antara anda sudah mempunyai instrumen pelaburan sendiri, tetapi izinkan saya untuk menerangkan kelebihan-kelebihan pelan ini berbanding instrumen pelaburan yang lain.


Perlindungan Nyawa dan Kemalangan

Oleh kerana pelan ini berasaskan perlindungan dan pelaburan, maka ia tidak boleh 100% dibandingkan dengan instrumen plaburan semata-mata. Nilai minimum Perlindungan Asas (Sum Covered) dalam pelan ini adalah RM 500,000, 2.5 kali ganda lebih banyak berbanding maksimum ASB loan. 

Dan sehingga 31 Disember 2016, anda boleh memilih Sum Covered sehingga 

RM 4 JUTA...!!!

TANPA Medical Check Up....!!!


Insurans yang dibekalkan dalam sesetengah instrumen pelaburan akan melindungi jumlah pinjaman pelaburan (ASB loan sebagai contoh). Sekiranya pinjaman ASB anda adalah sebanyak maksimum RM 200,000, jumlah itulah yang diberikan kepada waris anda sekiranya anda meninggal dunia dalam tempoh pinjaman tersebut. Berbeza pada nilai melalui pelan ini, Sum Covered (minimum RM 500,000) akan terus diHIBAHkan kepada waris sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK).

Pada yang kurang faham, 
"Pengertian Hibah adalah pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pembagiannya biasanya dilakukan pada waktu penghibah masih hidup. Biasanya pemberian-pemberian tersebut tidak akan pernah dicela oleh sanak keluarga yang tidak menerima pemberian itu, oleh karena pada dasarnya seseorang pemilik harta kekayaan berhak dan leluasa untuk memberikan harta bendanya kepada siapapun."
-Dipetik dari sini-


Berkonsepkan HIBAH, aset yang dibekalkan adalah cair. Ini bermaksud bahawa Sum Covered yang anda bekalkan kepada waris anda nanti adalah mudah untuk dicairkan dan tidak perlu melalui proses faraid harta pusaka di mahkamah syariah, pejabat tanah, dan tidak perlu menunggu masa yang sangat lama untuk diagihkan. 

Sekadar perkongsian bersama, arwah ayah saya meninggal pada 2 April 2009, dan melalui proses mahkamah, faraid dan sebagainya, semuanya selesai sekitar pertengahan 2015. Lebih kurang 6 tahun diperlukan untuk selesaikan urusan harta pusaka. Ya, ada aset yang memang perlu lalui prosedur harta pusaka yang biasa, seperti tanah, rumah, ASB, dan pelaburan lain, tetapi jika ada satu instrumen yang memudahkan anda untuk menghadiahkan waris supaya dapat meneruskan kehidupan mereka, mengapa tidak, bukan?


Betul, nyawa tiada gantinya, kasih sayang apatah lagi, tapi demi sebuah keluarga dan legasi kita, bertindaklah dengan segera.

Manfaat kedua,
Nilai pampasan digandakan...!!

 Secara ringkas, nilai Sum Covered atau nilai akaun (yang mana lebih tinggi) akan dihibahkan kepada waris anda mengikut peratusan berikut:

> 100% Sum Covered atau nilai akaun akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK)

> 200% Sum Covered atau nilai akaun akan dibayar sekiranya berlaku kematian disebabkan kemalangan atau kematian semasa menunaikan Haji atau Umrah

> 300% Sum Covered atau nilai akaun akan dibayar sekiranya berlaku kematian disebabkan kemalangan semasa menaiki pengangkutan awam (bas awam, LRT, MRT, keretapi, kapal terbang dll)


 Ketiga,
Ganjaran Bernilai apabila Matang...!!

Anda sebagai pemegang sijil akan menerima 100% dari nilai akaun setelah kematangan sijil, DITAMBAH dengan Pendorong Kematangan (Maturity Booster) yang akan menambahkan 20% nilai akaun..!!


Keempat,
Tempoh Caruman yang FLEKSIBEL..!!!

 Dengan pelan ini, AIA Public Takaful memberikan fleksibiliti untuk anda pilih untuk mencarum selama samada 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau sehingga tempoh matang. Semuanya bergantung pada kemampuan anda, dan ia sangat fleksibel.


Kelima,
Tempoh Perlindungan yang FLEKSIBEL...!!!

Pelan ini juga menawarkan fleksibiliti tempoh perlindungan iaitu samada sehingga 70 tahun, 80 tahun atau sehingga 100 tahun..!

Contoh kombinasi manfaat ke-4 dan ke-5,
a) Mencarum selama 5 tahun, perlindungan sehingga 70 tahun >> tidak perlu lagi bayar caruman untuk 65 tahun
b) Mencarum selama 10 tahun, perlindungan sehingga umur 100 tahun >> tiada lagi caruman bermula tahun ke-11 sehingga umur 100 tahun
c) Mencarum sehingga tempoh matang, perlindungan sehingga 70 tahun >> caruman anda adalah lebih kecil kerana caruman anda adalah sehingga tempoh matang (umur 70 tahun)

 Sangat fleksibel, bukan? Semuanya bergantung pada kemahuan dan kemampuan anda.

Keenam,

Pilihan rider (jika mahu) untuk perlindungan daripada Penyakit Kritikal
 Anda boleh pilih salah satu daripada rider di bawah:
a) A-Plus CriticalCare-i >> Membayar faedah sekaligus apabila disahkan menghidap penyakit kritikal
b) A-Plus Waiver-i >> Pengecualian pembayaran caruman apabila disahkan mengidap penyakit kritikal


Akhir sekali, oleh kerana pelan ini berkonsepkan takaful, maka ia 

(1) 
Memenuhi keinginan anda untuk perlindungan patuh syariah
  
(2)
Memenuhi matlamat kewangan anda dengan instrumen pelaburan Islam



Pelan ini juga boleh menggantikan insurans perumahan anda (MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance dan MLTA - Mortgage Level Term Assurance) yang konvensional* kepada instrumen patuh syariah. Caranya, buat pinjaman perumahan tanpa insurans supaya pembayaran bulanan lebih rendah, manakala perlindungan pula dengan pelan ini. Berkonsepkan takaful, beserta pelaburan dengan dana patuh syariah, anda akan menikmati lebih manfaat seperti di atas.

Anda boleh terus hubungi saya di 012.345.7754 untuk keterangan lanjut, atau isikan quotation dan saya akan hubungi anda secepat mungkin. Bertindaklah sekarang demi masa depan anda dan keluarga.


"It is an honor to be your Takaful Life Planner"

No comments:

Post a Comment

Silakan komen =)