Full Protection + Investment Savings

Ini adalah pelan lengkap perlindungan beserta pelaburan,

A-Life Link-i


Di dalam produk ini, perlindungan yang anda perolehi adalah sangat komprehensif dan disertakan sekali dengan pelaburan untuk ketenangan minda pencarum.

1) Perlindungan Asas atau Sum Covered sebagai pampasan kematian atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (HUKM)
Ia merupakan harta/aset yang mudah untuk dicairkan dan diberikan kepada waris melalui proses HIBAH. Bergantung pada nilai Sum Covered yang ingin anda tetapkan, nilai itu akan diagihkan kepada kepada waris anda sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal dan tidak boleh bekerja.
Saya nasihatkan anda untuk membekalkan Sum Covered bernilai 3 tahun pendapatan anda supaya boleh dijadikan bekalan kepada keluarga atau waris untuk meneruskan kehidupan dengan komitmen yang sedia ada. Sebagai peringatan, makin tinggi Sum Covered, makin tinggi nilai caruman. Apa pun, saya tetap boleh sediakan quotation untuk anda dahulu, mengikut bajet anda.

Contoh:
a) Gaji anda sebulan adalah RM 3,000, darabkan dengan 36 bulan = RM 108,000 Sum Covered
b) Gaji sebulan  RM2,000 x 36 bulan = RM 72,000 Sum Covered
Begitulah seterusnya.

Apa yang menarik tentang produk ini ialah, AIA Public Takaful memberikan Bonus Ulang Tahun iaitu peningkatan sebanyak 1% dari jumlah perlindungan asas yang diambil, setiap tahun bermula tahun kedua sehingga perlindungan asas mencapai 120%...!!!

Contoh: Anda mencarum produk ini dengan nilai pampasan (Sum Covered) RM 100,000. 
Tahun ke-2 sijil, Sum Covered anda akan naik sebanyak 1%, menjadi RM 101,000.
Tahun ke-3 sijil Sum Covered dinaikkan kepada RM 102,000 dan seterusnya,
Sehinggalah ia mencapai 120%, iaitu RM 120,000 pada tahun ke-20 sijil, dan perlindungan masih lagi diteruskan dengan Sum Covered RM 120,000.

Lebih menarik, kenaikan ini adalah PERCUMA dan tiada caruman tambahan dikenakan...!


2) Simpanan Dan Pelaburan - Sebahagian daripada caruman anda melalui produk ini akan dilaburkan melalui dana-dana patuh syariah yang disediakan oleh AIA Public Takaful untuk melipat gandakan hasil caruman anda.


3) Pilihan Manfaat Tambahan (Rider)

> Manfaat Kad Perubatan - A-Plus Med-i >> sama seperti medikal kad standalone.

> Manfaat Kad Perubatan Booster - A-Plus MedBooster-i >> menaikkan had tahunan anda kepada sehingga RM 1.5 juta..!

> Manfaat Pengecualian Pembayaran / A-Plus WaiverExtra-i >> Rider ini akan aktif sekiranya dalam tempoh caruman anda, anda mengalami Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (HUKM) @ Total Permanent Disablement (TPD) dan tidak boleh bekerja (hilang punca rezeki). AIA Public Takaful akan meneruskan pembayaran caruman polisi anda supaya ia terus aktif, dan sekiranya polisi ini adalah polisi keluarga, ahli keluarga anda masih dapat mendapat manfaat daripada polisi ini. Saya sangat rekemen anda untuk mengambil rider ini.

> Manfaat Pembayaran / A-Plus PayorExtra-i >> Berbeza dengan A-Plus WaiverExtra-i di atas, rider ini sangat perlu sekiranya produk ini dicarum untuk anak anda (umur 0 - 25 tahun) dan anda sebagai pencarum. Sekiranya anda sebagai pencarum menghidapi penyakit kritikal, HUKM(TPD) atau Kematian, AIA Public Takaful akan meneruskan pembayaran polisi bagi pihak anak anda supaya simpanan dan pelan investment-linked anak anda terus aktif.

> Manfaat Elaun Hospital / A-Plus HospitalIncome Extra-i >> ini adalah elaun kemasukan wad sekiranya anda memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke wad untuk rawatan susulan. Untuk yang berpendapatan harian, sehari anda tidak bekerja, tiada gaji atau profit, bukan? Jadi manfaat ini akan membantu kewangan anda sedikit sebanyak kerana tidak dapat bekerja akibat dimasukkan ke wad.

> Manfaat Kemalangan / A-Plus AccidentShield-i, A-Plus Total AccidentShield-i >>
Rider ini adalah perlindungan tambahan dalam bentuk pampasan akibat kemalangan. Ia bukan sekadar kemalangan jalan raya sahaja, malah untuk semua jenis kemalangan. Jatuh tangga, tergelincir dan cedera, dan sebagainya.

> Manfaat Penyakit Kritikal / A-Plus Early CriticalCare-i, A-Plus CriticalCare-i, A-Plus MultiCtiticalCare-i) >> Seperti namanya, manfaat ini berkaitan dengan penyakit kritikal
- A-Plus Earl CriticalCare-i = Perlindungan dalam bentuk pampasan sekiranya didiagnos dengan penyakit kiritikal pada peringkat awal (1&2).
- A-Plus CriticalCare-i = Perlindungan dalam bentuk pampasan sekiranya didiagnos dengan penyakit kritikal pada peringkat 3 & 4
- A-Plus MultiCriticalCare-i = Memberi perlindungan kepada pencarum terhadap 3 jenis penyakit kritikal yang berbeza. Dan sebagai maklumat tambahan, nama kanser yang berbeza adalah 2 insiden yang berbeza, dan layak untuk menerima manfaat ini.

> Manfaat Khusus Wanita / A-Plus Venus-i, A-Plus VenusExtra-i >> Manfaat ini dikhaskan untuk kaum hawa dan memberi perlindungan terhadap penyakit yang wujud dikalangan wanita seperti Kanser @ Kasinoma-in-situ payu dara, serviks, uterus, tiub fallapio, faraj @ ovari dan S.L.E. Pencarum wanita juga akan menerima manfaat dalam bentuk pampasan seandainya terdapat komplikasi kehamilan, @ seandainya bayi yang baru lahir dan hidup selepas 30 hari abnormal seperti sindrom down, spina bifida, lelangit sumbing, septum ventrikel cacat, septum atrium berlubang, duktus arteriousus terbuka @ kembar siam, & seandainya keguguran @ bayi meninggal setelah dilahirkan.

> A-Plus DisabilityCash-i >> Rider ini menyediakan bantuan kewangan sehingga umur 75 tahun sekiranya anda tidak mampu bekerja akibat Hilang Upaya Kekal sebelum umur 70 tahun. Amaun bantuan ini adalah dalam bentuk tahunan, dan anda yang akan tentukan jumlah yang anda mahukan, untuk perbelanjaan seisi keluarga akibat hilang punca utama mencari rezeki.



Sila hubungi saya di 012.345.7754 untuk keterangan lanjut dan anda boleh mula mencarum dengan AIA Public Takaful, atau isikan quotation di sini untuk penyediaan quotation dan sebarang soalan.

Wallahu'alam.



"It is an honor to be your Takaful Life Planner"



No comments:

Post a Comment

Silakan komen =)