Tuesday, August 23, 2016

Menghitung Hari...

Kita semua menghitung hari untuk sesuatu; ada yang menunggu tarikh exam, ada yang tunggu saat-saat tamat pengajian supaya boleh masuk ke alam pekerjaan, ada yang menanti hari kelahiran anak sulung, hari bergelar suami isteri, ada yang menanti tarikh keluar keputusan peperiksaan, dan macam-macam lagi. Sudah pasti adrenalin akan lebih aktif dari biasa.


Apa-apa pun penantian yang kita tunggu, pastinya kita mahukan yang terbaik atau lebih baik dari sebelumnya. Tapi, ada kemungkinan juga penantian tu berakhir dengan perasaan kurang gembira. Bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah. Sebagai insan yang bersikap rasional, kita haruslah bersedia dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan. 

Andai kita jatuh, bangunlah semula. 
Andai kita bersedih, kuatkanlah hati dan teruskan perjalanan.
Andai kita gembira, kongsikan bersama.

Walau apa pun yang bakal terjadi di masa hadapan, sentiasalah bersyukur; sesungguhnya Pencipta kita maha mengetahui tentang sesuatu perkara.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Silakan komen =)