Wednesday, May 4, 2016

Trending: Air Lemon Tanpa Gula

Tadi saya pergi lunch dan order air lemon tanpa gula. Kemudian saya pun duduk lah di kafeteria ofis sambil tengok henfon. Daripada Whatsapp dan Facebook sampai lah kepada COC dan Clash Royale. Bila dah penat tengok skrin kecil ni, saya pun angkat lah kepala tengok orang sekeliling, dan tiba-tiba saya terperasan sesuatu; selain saya, ada lagi 3-4 orang yang minum air yang sama! Air lemon. kagum jugak sebenarnya. Ingatkan saya seorang je yang nak konon-konon nak diet, rupa-rupanya ramai lagi yang sedar akan kebaikan minum air lemon ni, terutamanya bila kita minum tanpa gula. Tapi, selain daripada minuman untuk diet, ada banyak lagi rupanya kelebihan minum air lemon ni. Saya pun google-google lah di internet, dan saya kongsikan dengan anda:

1) Permulaan hari yang baik
Selalunya kita akan minum kopi atau teh atau mungkin juga milo di pagi hari. Tahukah anda, minum air lemon panas di waktu pagi boleh membantu merangsang dan mengaktifkan sistem penghadaman. 

2) Melegakan sakit tekak
Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

3) Menurunkan berat badan
Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.

4) Melawaskan sistem penghadaman
Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

5) Melegakan kegatalan
Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.

6) Menghalang pembentukan batu karang
Minum air lemon setiap hari meningkatkan paras citrate di dalam urin. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu melindungi badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

7) Anti-kanser
Liminoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu melindungi sel-sel di dalam badan daripada rosak, seterusnya mengelakkan pembentukan sel barah.

8) Menghilangkan bau busuk
Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Lemon juga bersifat membersih, anti-biotik dan anti-oksidan yang penting untuk kulit, serta membantu mengurangkan bau badan. Orang zaman dahulu menggunakan lemon untuk meggosok ketiak dan menyental daki di seluruh badan, bagi menggantikan penggunaan sabun.

9) Menurunkan panas demam
Apabila rasa hendak demam, cepat-cepat minum air lemon sebanyak mungkin, bagi membantu menurunkan suhu panas demam dengan pantas.

10) Kandungan pH yang seimbang
Walaupun lemon bersifat asid, tetapi kandungan mineral yang tinggi di dalam lemon menyebabkan ia bersifat alkali apabila masuk ke dalam badan, seterusnya membantu membuang asid serta menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.

Secara keseluruhan, sebiji lemon mampu meningkatkan daya ketahanaan sistem imun badan kita. Memang rasanya agak masam, lebih-lebih lagi bila tidak dicampurkan dengan gula atau madu, tapi bak kata orang lama, "yang pahit itu lah ubat". Saya sendiri bukannya dah bertahun minum air lemon ni, tapi lebih baik kita ambil inisiatif untuk mulakan dari sekarang. "Mencegah lebih baik dari mengubati", kan? Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

2 comments:

Silakan komen =)