Monday, April 11, 2016

Sekali Lagi DIA Menjemput: Perginya Seorang Pelakon

Assalamualaikum dan selamat petang,

Jumaat lepas, 8 April 2016 kita dikejutkan dengan berita tentang perginya seorang pelakon yang dikenali sebagai Mr Os atau nama sebenar Mohd Yusof Abduk Hamid. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.50pm di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru. Pandangan peribadi saya,
saya pun terkejut sebenarnya dengan berita ni. Memang kita tahu yang Allahyarham dah lama masuk hospital atas sebab-sebab kesihatan, dan menurut anaknya Mohd Hafizul, arwah masih boleh bercakap pada Isnin lepas walaupun sakit teruk. Tapi pada hari Jumaat tu, arwah dah sangat lemah dan hanya mampu angguk dan geleng sahaja..

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan berdekatan dengan Surau Al-Muhajirin, Kampong Sri Gombak Indah, Batu Caves, Selangor pada jam 6.30pm hari yang sama. Saya pun tak tahu sangat tentang dunia kehidupan Allahyarham, tapi saya ada ingat suatu ketika dulu Allahyarham pernah di temubual mengenai kehidupan beliau yang terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi kerana tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. 

Tapi yang paling membanggakan ialah Allahyarham berjaya mendapat gelaran juara pada Maharaja Lawak Mega 2011 dan membawa pulang wang tunai RM350,000 dalam kumpulan Osbon. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu Allahyarham dalam menempuhi kehidupannya.

Credit to mstar.com.my

Akhir kata dari saya, saya doakan semoga roh Allahyarhan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Allahyarham sempat memberikan nasihat pada anak-anaknya supaya sentiasa ingat Allah dan menjaga aurat; satu nasihat yang amat bermakna, kan? Allahyarham meninggal pada usia 55 tahun, arwah ayah saya pulak meninggal pada usia 51 tahun. Ajal tak mengenal usia. Jom kita buat persediaan, untuk diri sendiri dan untuk keluarga yang akan kita tinggalkan suatu hari nanti.

~Al-Fatihah~


No comments:

Post a Comment

Silakan komen =)