Friday, April 29, 2016

Matlamat Hidup Kena Ada. Lebih Penting, Jelas.


Pagi-pagi kita bangun, solat mandi bersiap sarapan semua untuk keluar bekerja demi sesuap nasi dan simpanan masa akan datang. Itu lah rutin harian kita lima hari seminggu, ada yang lima hari setengah seminggu, dan ada yang enam hari seminggu! Sebulan ada empat hari (ahad) je untuk rehat di rumah dan luangkan masa untuk keluarga. Bila kita fikir-fikirkan balik, kita banting tulang empat kerat ni untuk diri sendiri dan keluarga, tapi kalau masa yang mampu diluangkan hanyalah waktu malam pada hari bekerja dan sehari setengah dihujung minggu, sebenarnya tak berapa berbaloi, kan? Sedikit kecewa, tapi itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan bagi mereka yang bekerja, termasuklah saya sendiri. Hari demi hari saya fikirkan, "sampai bila nak macam ni?" Penyelesaian yang paling saya nampak ialah dengan
berniaga atau bisnes sendiri. Ada sesetengah mindset akan cakap, "Kalau berniaga pun sama jugak, kena keluar rumah, jauh daripada family. Takde beza pun.. "


Dulu saya pun fikir macam tu jugak, takde beza apa pun. Tapi bila saya fikirkan dan kaji betul-betul, sebenarnya ada beza, dan perbezaannya sangat ketara. Okay macam ni, setiap tahun, setiap bulan, setiap hari kita bekerja, betul? Hujung bulan dapat gaji, bulan Mac atau April dapat bonus (bagi sesetengah syarikat). Itu rutin bagi kita yang bekerja. Dan kalau prestasi kita bagus, kemungkinan ada kenaikan gaji dan pangkat, bergantung pada vacancy. Pada yang berniaga pulak, dah tentu prosesnya tetap sama, tetapi bezanya ialah perniagaan kita semakin berkembang, InsyaAllah. Takde satu peniaga pun dalam dunia ni yang bukak bisnes lepas tu matlamat dia adalah untuk lingkupkan bisnes dia. 

Samada dunia kerja atau berniaga, matlamat perlu jelas. Saya ambil contoh sebuah perniagaan, besar kemungkinan orang di luar sana tak tahu pun tentang kewujudan perniagaan kita. Jadi, kita letakkan matlamat untuk orang kenal perniagaan kita. Mungkin pada bulan pertama, kita sebarkan pada orang-orang terdekat. Siapa? Keluarga. Keluarga asas; adik-beradik, abang kakak ipar. Lepas tu keluarga besar; sepupu sepapat, dua pupu, pakcik, auntie. Lepas tu kita boleh sebarkan pada jiran sebelah-menyebelah, jiran-jiran keluarga kita. Lepas tu orang sekeliling di kawasan kediaman kita. Macam mana, jelas tak prosesnya?

Agak mustahil untuk kejar semua matlamat tu dalam jangka masa sebulan, jadi kita buat matlamat jangka masa sederhana pulak; bulan pertama siapa sasaran kita, bulan ke-2 siapa, bulan ke-3 siapa, dan seterusnya. Dan yang lebih menarik, samada orang yang kenal perniagaan kita ni suka atau tidak dengan produk yang kita jual, mereka ada potensi untuk ceritakan (gosipkan) pada orang-orang di sekeliling mereka. Lama-lama produk kita akan dikenali, InsyaAllah. Pada pendapat saya, konsep perniagaan ni ialah samada untung atau tidak untung. Istilah rugi ni saya cuba elakkan sebab ia datang dari unsur negatif. Dah tentu kita tak nak unsur-unsur negatif wujud dalam kehidupan seharian kita, kan? Dan, urusan rezeki ni biarlah kita serahkan pada-Nya. Kita jalankan bahagian kita, dan Dia akan uruskan bahagian ganjaran, InsyaAllah. Dan kita kena ingat, ia adalah perniagaan kita sendiri. Semakin ia berkembang dan dikenali serta diterima, insyaAllah kita akan semakin ke arah lebih masa berkualiti bersama keluarga. Sebab apa? Sebab, sampai satu tahap nanti, perniagaan kita akan dapat jana kewangan secara automatik tanpa kita perlu usaha se-mencabar pada peringkat awal dulu.

Saya masih lagi bekerja pada saat entri ni ditaip, tapi matlamat saya adalah untuk ke arah berniaga, dan akhirnya ke arah financial freedom, sebab saya yakin semua orang tahu, hanya dengan perniagaan sahaja kita boleh bebaskan diri dari masalah kewangan. Saya sedang perlahan-lahan ke arah itu, moga Allah bukakan pintu jalan untuk kita semua, dan yang lebih penting, dibukakan hati untuk celik perniagaan.

Sekian untuk kali ini, Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Silakan komen =)