Wednesday, April 6, 2016

Kita tahu, tapi kadang-kadang kita forget

Assalamualaikum. Petang semua!

Okay, memandangkan blog ni takde tema yang spesifik, so saya akan post apa-apa entri yang saya terlintas. Dan untuk hari ni, saya terdetik nak bukak http://www.bharian.com.my/, so saya pun pergi lah jalan-jalan kat sana..

Then terjumpa lah artikel ni : 
Pemandu rentung kereta langgar lori

Dan saya pun terus baca. Kejadian awal pagi tadi. Rupanya lokasi kejadian ialah di Serdang, Kedah. Mula-mula konfius ingatkan di Serdang, Selangor huhu..Tapi apa pun, siapa sangka boleh jadi macam tu kan? Tu lah, ajal maut ketentuanNya. Mungkin beliau on the way balik kampung, ataupun nak pergi bercuti ke. 

Setakat ni pihak berkuasa masih belum dapat kenal pasti identiti mangsa tu sebab dah rentung habis. Apa pun, kita doakan lah semoga rohnya dicucuri rahmat. Walaupun mungkin mangsa tu bukan beragama Islam, tapi kita doakan lah yang baik-baik ya. 

Credit to Berita Harian

Credit to Berita Harian
p/s: Satu hari nanti giliran kita pulak untuk pergi. Moga persediaan cukup untuk kita dan untuk yang akan kita tinggalkan nanti

No comments:

Post a Comment

Silakan komen =)