Monday, April 4, 2016

Kembali ke dunia blogging??? Kenapa? Why?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Siapa kenal tuan punya blog ni? Hehe... Blog ni sangat bersawang okay. Entri-entri lepas pun dah saya 'delete'kan. Asalnya nak bersara, dan saya percaya mesti ramai jugak yang dah pencen dari dunia blogging ni. Sibuk dengan dunia kerja, alam rumah tangga, dan lain-lain perkara yang difikirkan relevan. Tapi kenapa tetiba nak tekan-tekan keyboard untuk blog ni?


Saya takde jawapan yang pasti untuk soalan tu, tapi rasanya macam terpanggil atau diseru untuk berblogging. Mungkin hobi, mungkin saja je isi masa lapang, mungkin luahan hati dan pandangan terhadap sesuatu perkara. Belum dapat dipastikan lagi tujuan utama, tapi mungkin sekadar berkongsi apa sahaja yang boleh dikongsikan untuk kebaikan kita semua.

Okay cukup untuk entri kali ni. Saya tengok follower saya ada 302 followers, tak tahu lah samada andasemua masih aktif atau tak ;)

Jumpa lagi di lain hari!

No comments:

Post a Comment

Silakan komen =)